Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Untukku..........Isteriku..........dan Anak-anakku..........

Monday, June 20, 2011

Pengembaraan dengan keretapi Negeri Sabah

             Perjalanan kami dari KK - Beaufort dengan menaiki Keretapi North Borneo.Tarikh 11.06.2011 (Sabtu) minggu akhir cuti sekolah pertengahan tahun. Satu perjalanan yang singkat tetapi seronok dan menjadi kenangan yang manis. Perjalanan bermula jam 7.40 pagi daripada Stesen Tg Aru dan tiba ke destinasi terakhir di Stesen Beaufort pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami cuma berbekalkan makanan ringan sahaja untuk disantap dalam perjalanan yang agak jauh. Setiba di Beaufort kami bergegas ke Tamu Pekan Beaufort dan sempat membeli beg tangan (ayang) dan belon superman (azim). Terpaksa bergegas semula ke Stesen kerana keretapi ke KK bertolak pada jam 11.00 pagi. Cuma sempat dalam masa 20 minit berjalan di tamu Beaufort. Lebih kurang jam 11.15 keretapi bertolak semula daripada Beaufort ke KK. Satu lagi perjalanan yang indah dan mengasyikkan. Di kesempatan lain kami bercadang untuk mengembara dengan keretapi ini lagi, tapi kali ini untuk destinasi yang lebih jauh iaitu Tenom.........InsyaAllah........  

Kaunter tiket Stesen Keretapi Tg. Aru 
Tiket Keretapi
Sekitar kawasan Stesen Tg. Aru
Keretapi model lama
Perjalanan kami bermula (hari hujan di Tg Aru)
Kawasan Kepayan
Stesen Putatan
Tiba di Stesen Kinarut ....... masih hujan
Kedai-kedai di Pekan Kinarut
Kampung Kawang..masih macam dulu-dulu..tempat yang menggamit kenangan
Kampung yang asli
Laluan masuk ke terowong..di Kg Pengalat
Tiba di Stesen Papar

Stesen yang baru diubahsuai (Papar)
Pemandangan indah sawah padi di Papar
Andus.....cantik
Tiba di Kimanis...Pekan kecil yang indah
Mandahan - Bongawan
Tiba di Stesen Bongawan..pertengahan destinasi
Sebuah rumah lama di Pekan Bongawan
Sungai Bongawan
Batu 40 Bongawan...menuju ke Pekan Membakut
Tiba di Stesen Membakut
Dalam perjalanan Membakut-Beaufort
Sampai ke Stesen terakhir......Beaufort
Landasan di Stesen Beaufort
Beaufort....Keretapi model lama
Stesen Beaufort dari depan
Dalam gerabak keretapi
Landasan Keretapi
 Kembali semula ke Kota Kinabalu.
Klasik dan cantik
Keretapi North Borneo
Satu-satunya di Kepulauan Borneo
Jabatan Keretapi Negeri Sabah



No comments:

Post a Comment