Perjalanan kami dari KK - Beaufort dengan menaiki Keretapi North Borneo.Tarikh 11.06.2011 (Sabtu) minggu akhir cuti sekolah pertengahan tahun. Satu perjalanan yang singkat tetapi seronok dan menjadi kenangan yang manis. Perjalanan bermula jam 7.40 pagi daripada Stesen Tg Aru dan tiba ke destinasi terakhir di Stesen Beaufort pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami cuma berbekalkan makanan ringan sahaja untuk disantap dalam perjalanan yang agak jauh. Setiba di Beaufort kami bergegas ke Tamu Pekan Beaufort dan sempat membeli beg tangan (ayang) dan belon superman (azim). Terpaksa bergegas semula ke Stesen kerana keretapi ke KK bertolak pada jam 11.00 pagi. Cuma sempat dalam masa 20 minit berjalan di tamu Beaufort. Lebih kurang jam 11.15 keretapi bertolak semula daripada Beaufort ke KK. Satu lagi perjalanan yang indah dan mengasyikkan. Di kesempatan lain kami bercadang untuk mengembara dengan keretapi ini lagi, tapi kali ini untuk destinasi yang lebih jauh iaitu Tenom.........InsyaAllah........
Kaunter tiket Stesen Keretapi Tg. Aru |
Tiket Keretapi |
Sekitar kawasan Stesen Tg. Aru |
Keretapi model lama |
Perjalanan kami bermula (hari hujan di Tg Aru) |
Kawasan Kepayan |
Stesen Putatan |
Tiba di Stesen Kinarut ....... masih hujan |
Kedai-kedai di Pekan Kinarut |
Kampung Kawang..masih macam dulu-dulu..tempat yang menggamit kenangan |
Kampung yang asli |
Laluan masuk ke terowong..di Kg Pengalat |
Tiba di Stesen Papar |
Stesen yang baru diubahsuai (Papar) |
Pemandangan indah sawah padi di Papar |
Andus.....cantik |
Tiba di Kimanis...Pekan kecil yang indah |
Mandahan - Bongawan |
Tiba di Stesen Bongawan..pertengahan destinasi |
Sebuah rumah lama di Pekan Bongawan |
Sungai Bongawan |
Batu 40 Bongawan...menuju ke Pekan Membakut |
Tiba di Stesen Membakut |
Dalam perjalanan Membakut-Beaufort |
Sampai ke Stesen terakhir......Beaufort |
Landasan di Stesen Beaufort |
Beaufort....Keretapi model lama |
Stesen Beaufort dari depan |
Dalam gerabak keretapi |
Landasan Keretapi |
Kembali semula ke Kota Kinabalu. |
Klasik dan cantik |
Keretapi North Borneo |
Satu-satunya di Kepulauan Borneo |
Jabatan Keretapi Negeri Sabah |