Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Untukku..........Isteriku..........dan Anak-anakku..........

Monday, December 19, 2011

Projek Rumah Part 3

            Projek Pembinaan telah dimulakan pada hari isnin 19 Disember 2011. Gambar-gambar di bawah ini diambil pada awal kerja-kerja pembinaan. Hari sebelumnya kawasan tapak ini telah dibersihkan oleh Bapa mertua dan Duraman (ipar). Kami tidak berkesempatan melaksanakan kerja pemotongan rumput dan pembersihan disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.  

Tanah telah dipancang mengikut saiz rumah.

Pekerja-pekerja si Dell melakukan kerja pembuatan kasut untuk tiang rumah.

30' x 27' kecil saja.

Pandangan dari arah jalan raya.






                                                                                                                                                                                                                                              

Thursday, July 21, 2011

Projek Rumah Part 2






Kerja-kerja pembersihan tapak rumah telah dibuat pada 17 dan 18 Julai 2011. Dengan menggunakan mesin rumput yang dipinjam daripada Rym.





Kayu pancang yang diambil dari pokok-pokok berdekatan untuk memudahkan kerja pemotongan rumput. Dengan bantuan bapa mertua.









Keadaan rumput tebal dan agak panjang menyukarkan kerja memotong rumput. Tambahan pula keadaan tanah yang tidak sekata (berbatas) menyulitkan lagi kerja. 




Kerja dilakukan dengan perlahan-lahan dan berdikit-dikit memandangkan cuaca yang cukup panas dan tiupan angin yang agak perlahan.





Semakin panas menjelang jam 12.00 tengahari. Kerja memotong hampir siap. 





Tunggul-tunggul yang kelihatan adalah sisa-sisa pokok-pokok besar yang telah dibakar sebelum ini.






Kerja selesai lebih kurang jam 12.40 tengahari.







akan bersambung.........

Monday, June 20, 2011

Pengembaraan dengan keretapi Negeri Sabah

             Perjalanan kami dari KK - Beaufort dengan menaiki Keretapi North Borneo.Tarikh 11.06.2011 (Sabtu) minggu akhir cuti sekolah pertengahan tahun. Satu perjalanan yang singkat tetapi seronok dan menjadi kenangan yang manis. Perjalanan bermula jam 7.40 pagi daripada Stesen Tg Aru dan tiba ke destinasi terakhir di Stesen Beaufort pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami cuma berbekalkan makanan ringan sahaja untuk disantap dalam perjalanan yang agak jauh. Setiba di Beaufort kami bergegas ke Tamu Pekan Beaufort dan sempat membeli beg tangan (ayang) dan belon superman (azim). Terpaksa bergegas semula ke Stesen kerana keretapi ke KK bertolak pada jam 11.00 pagi. Cuma sempat dalam masa 20 minit berjalan di tamu Beaufort. Lebih kurang jam 11.15 keretapi bertolak semula daripada Beaufort ke KK. Satu lagi perjalanan yang indah dan mengasyikkan. Di kesempatan lain kami bercadang untuk mengembara dengan keretapi ini lagi, tapi kali ini untuk destinasi yang lebih jauh iaitu Tenom.........InsyaAllah........  

Kaunter tiket Stesen Keretapi Tg. Aru 
Tiket Keretapi
Sekitar kawasan Stesen Tg. Aru
Keretapi model lama
Perjalanan kami bermula (hari hujan di Tg Aru)
Kawasan Kepayan
Stesen Putatan
Tiba di Stesen Kinarut ....... masih hujan
Kedai-kedai di Pekan Kinarut
Kampung Kawang..masih macam dulu-dulu..tempat yang menggamit kenangan
Kampung yang asli
Laluan masuk ke terowong..di Kg Pengalat
Tiba di Stesen Papar

Stesen yang baru diubahsuai (Papar)
Pemandangan indah sawah padi di Papar
Andus.....cantik
Tiba di Kimanis...Pekan kecil yang indah
Mandahan - Bongawan
Tiba di Stesen Bongawan..pertengahan destinasi
Sebuah rumah lama di Pekan Bongawan
Sungai Bongawan
Batu 40 Bongawan...menuju ke Pekan Membakut
Tiba di Stesen Membakut
Dalam perjalanan Membakut-Beaufort
Sampai ke Stesen terakhir......Beaufort
Landasan di Stesen Beaufort
Beaufort....Keretapi model lama
Stesen Beaufort dari depan
Dalam gerabak keretapi
Landasan Keretapi
 Kembali semula ke Kota Kinabalu.
Klasik dan cantik
Keretapi North Borneo
Satu-satunya di Kepulauan Borneo
Jabatan Keretapi Negeri Sabah



Thursday, June 9, 2011

Pulau Tiga - Bongawan

Panorama Pulau Tiga - Bongawan
Gambar-gambar diambil dari atas perahu di sekitar perairan Pulau Tiga.


Pemandangan Pulau Tiga dari kawasan bagang di Perairan Bongawan
                                           
Pulau Tiga semakin hampir...

Cuaca cerah memudahkan Pulau Tiga untuk dilihat

Keadaan laut yang agak bergelora di perairan berhampiran Pulau Tiga

Perairan yang kaya dengan kepelbagaian spesis ikan dan hidupan laut yang lain

Salah satu pemandangan menarik di Pulau Tiga

Salah satu musim rancangan realiti 'Survivor pernah dibuat di sini'
Pulau Ular tidak jauh dari Pulau Tiga. Pengunjung tidak dibenarkan menghampirinya kerana bahaya
Keadaan mendung di perairan Bongawan