Kerja-kerja pembersihan tapak rumah telah dibuat pada 17 dan 18 Julai 2011. Dengan menggunakan mesin rumput yang dipinjam daripada Rym.
Kayu pancang yang diambil dari pokok-pokok berdekatan untuk memudahkan kerja pemotongan rumput. Dengan bantuan bapa mertua.
Keadaan rumput tebal dan agak panjang menyukarkan kerja memotong rumput. Tambahan pula keadaan tanah yang tidak sekata (berbatas) menyulitkan lagi kerja.
Kerja dilakukan dengan perlahan-lahan dan berdikit-dikit memandangkan cuaca yang cukup panas dan tiupan angin yang agak perlahan.
Semakin panas menjelang jam 12.00 tengahari. Kerja memotong hampir siap.
Tunggul-tunggul yang kelihatan adalah sisa-sisa pokok-pokok besar yang telah dibakar sebelum ini.
Kerja selesai lebih kurang jam 12.40 tengahari.
akan bersambung.........