Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Untukku..........Isteriku..........dan Anak-anakku..........

Saturday, May 21, 2011

Projek Rumah Part 1

Inilah permulaan untuk suatu yang dicita-citakan selama ini. Gambaran pemandangan sekitar tapak rumah. Tempat ini dipanggil kampung Silat. Boleh dikatakan kampung ini adalah kampung yang baru wujud di Bongawan. Dengan jumlah rumah di sini sekitar tujuh buah. Sebenarnya sudah ada pertambahan cuma masih dalam pembinaan. Sungguhpun begitu, tempat ini sudah dilengkapi dengan kemudahan asas yang penting seperti air dan bekalan letrik. Cuma setakat catatan ini dibuat, jalanraya masih belum berturap. Kawasan ini merupakan kawasan tanah rata atau padang berpasir yang sangat sesuai untuk penanaman tembikai. Malah kawasan tapak rumah ini pun merupakan bekas kawasan penanaman tembikai sebelum ini. Tanah ini sebenarnya disewa oleh seorang pengusaha tembikai. Kalau dilihat pada gambar di atas ini masih kelihatan jelas batas-batas penanaman yang diusahakan sebelum ini. Selepas ini InsyaAllah tempat ini akan berubah wajah menjadi sebuah kawasan indah yang padanya terbinalah sebuah mahligai idaman yang ku cita-citakan.
Untuk sampai ke tempat ini, perjalanan mengambil masa lebih kurang lima minit daripada pekan Bongawan. Dan tidak jauh dari sini, kurang daripada satu kilometer terletaknya Pantai Kenangan Bongawan.




Kawasan tapak ini InsyaAllah akan mengalami evolusi sedikit demi sedikit sehnggalah siapnya projek yang dirancang. Buat masa ini, kami asyik bercakap mengenai projek ini. Setiap masa terluang kami akan bercakap tentangnya. Tidak sabar untuk melihat ianya bermula. Bagiku... bermulanya projek ini menandakan satu kejayaan besar dalam hidupku. Dan catatan ini akan ku simpan sebagai satu khazanah penting dan jurnal paling bernilai untuk tatapanku dan keluargaku dimasa yang mendatang.......................... InsyaAllah

Bersambung.......